Wednesday, August 24, 2011

He makes my day brighter

 24 Ramadan

Even hari2 aku menyambut Ramadan tidaklah seceria anda2 semua, mungkin ada yang celebrate with hubby, new born baby or apa2 je la, tapi aku tetap nak ucap Alhamdulillah. Kata Mr BF, ucapan Alhamdulillah tu adalah ucapan orang2 yang berjaya. Bila susah pun ucaplah Alhamdulillah. Insha'Allah, akan aku ikut kata2 nya tu.

Post lepas, aku ada janji nak tunjuk apa yang buat hari aku sungguh indah semalam. Nak tau? Hehe..




Kat atas tu gambar kad raya yang aku dapat. Dihantar oleh Si Dia. You-Know-Who. Hehehe. Siap duit raya lagi. Aku nak send jugak kad raya untuk dia, tapi dia kata jangan send kat rumah. Tak pe la kalau macam tu. Ade da kad raya nye. Tapi tu la..

Kepada Si dia

Jika awak baca post ni, nak bagitahu yang Nina suka sangat dengan kad dan ucapan2 nya. Sangat sweet dan sangat nak tersenyum bila baca. Terima kasih jadikan Nina gadis paling bahagia dalam dunia ini

I love you

Tuesday, August 23, 2011

No good news

Hari ke 23 Ramadan..

Still takde good news nk share kat sini. Hmm... Aku nak sangat bergembira di hari2 macam ni. Macam zaman kanak2 aku. Tapi, bukan sekarang. Aku taknak membebankan fikiran ramai orang. Taknak membeban kan fikiran parents aku, dan jugak orang2 lain disekeliling aku. Faham? Tak faham takpe la. Aku okey je.

Dalam pada aku runsing dengan current probs ak ni, still someone chill kan hari aku. Nak buat aku senyum sepanjang hari. Nanti aku cerita kat next entry eh! Takde kamera nak snap pic benda tuh. Hehe. Thanks untuknya. Tak faham lagi? I'll make this clear in my next post.

Berbalik pada cerita asal, tolong doakan aku dan family dapat berita baik. Itu je. Terima kasih :D

Friday, August 19, 2011

Facial treatment

Okey now ada mood nak tulis blog, walaupun takde cerita menarik pun. Heheh. Ape kata aku cerita pasal aku pergi facial treatment kat Mayfair Batu Pahat. Actually kakngah yang beria-ia ajak aku. Dia kata dia dah bayar untuk 2 orang so rugi kalau tak pergi. Facial treatment tu, yang handle dan lakukan kerja2 membuat facial, ialah chinese girl. Sebelum ni pernah juga teman mak pergi buat facial kat spa2 kat sekitar Simpang Renggam ni. I can see the different. Yang mana lakukan kerja lebih baik, dan lebih bagus. Of cos la kat Mayfair.

Almost 2 jam jugak la treatment tu, it should cost RM 120 for my treatment, but we only pay RM 30 to get the treatment. Berbaloi2 kan. Tapi takde lah after keluar 2 jam buat that  treatment terus muka macam lisa surihani ke apa. Cuma, ia lebih kepada relaxing. Dapat body massage. Dapat urutan muka. Hmm.. So relaxing la. Bau kedai tu pun sangat wangi.

Cuma, mahal la treatment kat situ. Kalau tak kerana promotion, takde nye nak jejak kaki kat situ. Lagipun, jadi gegurl kena la pandai jaga appereance kan. Bagi attractive sikit. Not for showin' off. Its more to the self confidence.

If y all ade duit lebih sikit, sila la manja kan diri tu. Badan kita perlukan perhatian sebenarnya. Kalau tak nanti dia sakit. Kita jugak yang susah wehhh. Heheh.

Oke. Nak stop by here. Goodnight and happy fasting y'all

PS my blackberry rosak. Need to go to the clinic. Sorry, I am care less bout you dear


Thursday, August 11, 2011

Dugaan puasa

Kesian kan family yang kena keracunan makanan sampai anak dia meninggal dunia tuh. Baca tak paper. Tak faham la. Paper bagitahu kena TAUN. Aku tak tahu menatang apa taun tuh. Tapi, kalau dah sakit perut tuh, mestilah keracunan kan kan? Hmm. Alkisahnya aku satu family hari ni sakit perut. Mula-mula aku kena. After bangun tidur petang tadi, perut rasa macam sakit sikit. Tapi buat tak tahu je la. Sebab tak kronik pun sakitnya. Decide lah nak ikut abah jalan2 cuci mata kat bazar. Sampai je bazar, dia mula menunjukkan tanda2 sakit yang tak hengat. Aku mintak abah hantar aku balik sebab dah tak tahan da. Nak kena carik toilet. Nak berbuka pun spoil je mood.

Lepas aku dah okey sikit, abah aku dengan adik aku yang bongsu pulak kena. Aha! Berebut lah dua orang tu toilet. Hehe. Nasib baik aku dah okey. Kalau tak, jem la rumah ni. Hehe. Minyak angin dah bergelen2 sapu. Tapi Alhamdulillah la, tak la teruk.

Tu la. Actually risau jugak kalau beli kat bazar ni. Entah bersih entah tak diorang masak. Jangan tertipu. Nampak menyelerakan, tapi itulah yang sungguh merbahaya. Hehehe. Tapi, buat peniaga2, jangan lah dengki dengan orang. Kau nak meniaga, buat la cara nak meniaga. Orang bukan tak bayar kau duit pun. Kalau nak basuh tu, basuh la bersih2. Kedekut sangat air tu. Jangan aniaya orang dibulan puasa ni.

Aku harap lepas ni takde dah sakit2 perut ni. Tengok budak yang kena taun tu. Dengan hati yang gembira nak buka puasa, at last ajal menjemput. Memang la ajal maut tu di tangan tuhan. Tapi, kita sebagai manusia ni, kena la berhati2. Jangan sampai menjadi punca penderitaan orang lain

Haha. Aku sebenarnya tak suka sakit perut. Dugaan~

Wednesday, August 10, 2011

Hidup

Ada baca tak update blog Elia, ex fiancee Khairul Fahmi Che Mat tu. Sedih kan? Sedih bila kita dipermain hati dn perasaan. Aku dah baca dah. Rasanya Elia tu sangat lah tabah orangnya. Aku suka dia. Aku suka cara dia dealing probs dia, dan betapa matangnya pemikiran gadis itu. Hmm. Sungguh rugi KFC tu tinggalkan dia. Berbaloi ke gadis bernama Dahlia tu dalam hidup dia? Kalau aku ada depan KFC, memang aku nak tanya dia, apa perasaan dia sebenarnya pada Elia.

Nampak sangat kan aku emosional bila cerita pasal ni. Okey stop Nina. Aku bukannya apa. Aku rasa, hanya perempuan yang memahami hati perempun. Bak kata filem Titanic, hati wanita umpama lautan dalam. Banyak perkara, dan rahsia. Okey, berbalik pada life aku pulak, esok aku ada driving class. Most of my driving class was end with failure. Sampai aku rasa give up nak belajar. Asyik kena marah je. Tapi, bukan lah aku sedih kena marah. Cuma aku lebih kepada 'malas nak kena marah'. Tapi, aku loser la kalau stop then tak habiskan apa yang aku dah start. Aku bukan macam tu. Hmm. Kalau ada reader yang rajin, please doakan aku esok dapat cikgu yang baik. Ok, aku tak kisah kena marah, asalkan cikgu tu cikgu yang memahami aku. Berniat ikhlas mengajar, dan marah dengan tujuan nak aku pandai.

Okey, takde apa lagi nk post. Malam ni, nak tidur awal. Selamat bersahur :D

Monday, August 8, 2011

Malam di bazar ramadan

Actually malam semalam sedikit penat. Pergi rumah kaklong sekejap ambil barang, then decide nak 'ngeteh' kat Kluang. Ala, ngeteh tu macam minum2 teh la gitu. Walaupun teh tarik tu buih nye banyak, tapi actually tak berapa kaww pun. Hehe. Sempat mengkomplen pasal teh yang aku minum semalam kan. Okey, then kitorang, (aku, mak abah dan adik) decide nak pergi jejalan kat Bazar Ramadan kat Kluang. Tak tahu lah kat negeri lain ade ke tak. Bazar nya ala2 downtown kat Melaka tuhh. Besar jugak la Bazar kat sini kalau nak compare dengan tempat aku. Then, banyak juga benda yang diorang jual. Aku tak beli ape2 pun. Cuma jalan2 je lebih. Hehe. Layankan pic yng tak berapa nak terang kat bawah ni ye. Sebab akuguna hp yang tak berapa nak cun untuk snap pic. Teringat jugak nak upload kat sini kannn?

Sori, pic tak terang sangat.

Okey, itu adik saya. Ma and Pa. Cewahh!


tak tahu part mana yang best nak ambil gambar. Janji nampak kan?

Okey, memang dah lama tak berjalan2 kat bazar macam ni, sebab all this long aku stay kat KL untuk diploma. Kalau berjalan pun dengan cik abang. So, masa berjalan2 semalam teringat jugak la dia teman kan aku tengok2 booth yang dibuka. Macam ada jek dia kat sebelah, adahal dia beratus2 batu jauhnya dari aku. See, aku gila bayang. Hehe. Kalau tengok baju jersy yang dijual tu, teringat dia membelek2 jersi kat kedai2 macam ni. Tapi belinya tidak. Cik abang tu kedekut sikit.

Sempat jugak beli mainan untuk Naura, dengan baju dia sehelai. Hehe. Anak buah kesayangan tu memang bertuah. Atuk nenek duk belikan je. Naik jeles aku. Heheh!

Okey, Nak off sini dulu. Nanti ada story mory yang best, aku share sini lagi okey. Selamat berpuasa :D

Sunday, August 7, 2011

Malam yang menakutkan

Okey now aku nak cerita pasal pengalaman malam tadi yang aku rasa sangat menakutkan dan merbahaya la pada aku.Actually bukan lah takut sangat kan. Tapi, aku rasa sangat lah bahaya kejadian2 macam ni kalau berlaku lagi. Okay. Nak cerita lah ni.

Lepas aku bergayut2 dengan cik abang sekitar jam 1 pagi, aku pun rasa sangat lah mengantuk sebab aku tak tidur petang seperti kebiasaannya. Then, tengah nyenyak tidur tu tiba2 adik aku kejutkan aku.Dia nak pinjam handphone aku yang lama tu. Dia nak guna torchlight yang ada kat handphone aku tu. Then aku tanya nak buat apa? Dia kata abah nak pakai. Rumah kita punya wire short keluar percikkan api yang besar. Adik aku cakap, rumah dah bau hangit. Then, aku bagilah kat dia handphne aku tu.

Dalam mamai2 ni, aku sempat paling kat jam, baru pukul 2 pagi. Kiranya dah 1 jam la aku lena kan. Aku bangun lah nak tengok apa jadi. Okey, yes rumah aku dah berbau hangit. Bau benda terbakar. Aku tengok abah tengah tengok2 wayar elektrik. Dalam hati aku, memang bukan lah kepakaran abah nak check benda tu.

Abah then terus call TNB. Report lah pasal rumah kitorng yang dah blackout. Rupa2nya TNB pun ada on call kan kerjanya. Aku ingat doktor je ada. Dalam 1 jam kemudian, van TNB dengan lampu ala2 kereta polis kat atas dia datang. Agak lewat untuk TNB staff tu datang, sebab diorng daripada Kluang, maksud aku 30++km dari rumah aku. Tapi takpe, aku nak bagitahu je lah kan, diorang memang superb llah kalau bab2 betulkan elektrik ni. Sekejap je diorang settlekan. Then, bila kipas bilik aku dah on, dah boleh bukak ampu then tak blackout lagi, leganya hati ku ini..!

Hehe. Bukan nak cakap lah. Kekadang kes2 macam ni memang nampak remeh. Tapi cuba tengok kesan kalau kita biarkan. Berapa banyak kes2 kat Malaysia ni pasal kebakaran yang disebab kan short. Kalau benda nak jadik time kita tak tidur, boleh lah consider lagi. Tapi bila jadik time kite tengah syok tidur, haa.. tu yang nak kena jaga2. Aku rasa setiap rumah kena pasang smoke detector, so that time tidur pun kita boleh alert dengan benda2 macam ni. Kan? Hehe.....

Gebang kan cite aku ni? Suka hati aku lahh! Hehe