Pepagi lagi, aku semangat bangun ni. Otak ligat berfikir pasal inteview jek pukul 1 petang nanti. Aku post kat facebook, then mintak orang ramai support aku yang bakal ditemuduga sat lagi. Berdebarnya macam nak temuduga keje gomen je. Padahal 7eleven je. Jadi cashier je pun. Hemh.. nak buat macam mana, darah nervous memang aku ada. Aku check la sijil-sijil aku. Okey, Aku tengok semua sijil ada KECUALI sijil diploma aku. Mana?! Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi.
Aku menggeledah setiap inci almari yang aku percaya disana lah sijil rasmi diploma aku yang dianugerah kan oleh UiTM berada. tak ada! Pehh. Kacau. Siapa alihkan sijil aku yang aku sayang tu?Memang aku benci sangat. Aku panggil mak aku, mintak tolong carikan sekali. Oleh sebab mak sayang aku, dia membantu dengan seikhlas hati.
Dan aku hanya jumpa sijil aku hampir satu jam selepas itu. Berada bersama sijil-sijil kakak2 dan adik2 aku. Tension. tension. Tambah tension bila aku tak mandi lagi. Aku TERUS capai towel, menuju ke bilik air kat dapur. Shower ala kadar je. Bagi sabun siket, syampu rambut pun tak sempat. Yelah, dah pukul 12.30pm kot. Aku disuruh datang pukul 1.
Aku siap mandi, then blur nak pakai baju apa. Aku testing baju kurung. Dah iron dah baju tu. Bila pakai, besar la pulak. Sejak bila aku diet ni? Aku tanggalkan baju dan mula geledah ruang baju kakngah aku. Aku tengok baju die semua macam baju nak pergi event. Aku ambik baju kebaya merah menyala dia tu. Lepas tu, kaklong aku yang tengah main laptop atas katil sound "ko ni macam nak pergi interview kerja kerajaan. Over sangat" Hmm. Aku pun rasa over jugak. Aku mula tersedar aku cuma nak temuduga jawatan cashier je. Jadi aku ambil jeans dan kemeja. Sarong je la.
Yang nasib baiknya, tempat nak temuduga tu dekat je dengan rumah aku. Aku boleh jalan kaki. Tapi, aku still lambat jugak. Penat.
Aku ringkaskan cite la ek. Aku tak dapat kerja tu sebab dia nak pekerja yang long term. Aku terlepas cakap yang aku masih study. Oh ya. Aku memang niat tak nak menipu pun. Aku taknak susahkan orang kat tempat tu. kalau dia willing nak ambil aku kerja, biar dia tahu semua. Kan?
Kalau aku tak sambung study, jawatan yang dia nak offer aku tu jawatan yang ranking dia di bawah pengurus, iaitu dengan gaji yang mahal siket la. Bukan pekerja biasa. So, agak ralat. Tapi aku prefer anggap aku takde rezeki. Aku suka macam ni. Independent. Pergi temuduga, kutip something valuable.
Kata-kata akhir, aku penat la taip cite ni. Tapi, aku takut aku lupa. Aku nak ingat carita ni sampai aku tua. hehe. Goodnight all :)
No comments:
Post a Comment