Saturday, January 28, 2012

Gunung Datuk

Rasanya, takde entry yang betul2 aku buat pasal aku punya aktiviti Gunung Datuk ni. Banyak kenangan manis yang aku dapat bila aku ikut trip panjat gunung ni. Sangat menarik bila aku pertama kali buat aktiviti lasak macam ni. First time daki gunung tanpa complete preparation, memang sakit-sakit badan aku dibuatnya. Yelah, dengan staminanya OUT. Hahah. Tapi aku redah je!

Perjalanan ke gunung ni dari melaka ambil masa sejam lebih kot. Gunung ni located kat Negeri Sembilan. Masa aku pergi tu. ada beberapa group lain yang trekking sama. Aku sampai kat kaki gunung tu da petang. Sempat jugak mandi kat jeram yang ada kat situ dengan kawan2. Petang tu even hujan, tapi still ada game. Macam selalu, akibat ketiadaan idea, game yang menjadi pilihan konfirm la game Running man atau faFamily outing. Arghhh, super bosan! Nak taknak aku ada lah jugak join satu game ni. Hahah.

Malamnya, memang takde aktiviti lain, kitorang terus tidur, sebab akan start daki gunung pada pukul 3 pagi esoknya. Tapi weird, langsung tak mengantuk dan sangat lah bertenaga. Permulaan pendakian, memang macam 90 darjah pendakiannya. Dengan sesat sekejap kat gunung tu. Buat kitorang lambat sampai puncak. Tapi alhamdulillah, dalam pukul 8 pagi lebih, aku dan kawan-kawan lain sampai jugak kat atas puncak. Cantik sangat pemandangan kat atas sana. Sebab, masih pagi, kabus tebal, dan seluruh tempat boleh nampak. Kalau boleh ulang saat-saat itu, akan aku ulang. Dan kat atas tu, ada tapak kaki hang tuah orang kata. Tak tau la betul ke tak. Tapi, aku tak percaya. Heheheh~

Bila nak turun, tak lah pulak terasa lam. Just kaki serius sakit sangat, dan sampai sekarang ada darah beku kat kaki ni, tunggu masa je nak hilang sebab sangat buruk. Part yang paling best, salah sorang budak kelas aku, Tiqa beria-ia tunjuk kat aku satu benda bulat macam guli yang besar, kaler dia belang kuning hitam. Serius keras. Dan aku pun tak tau apa benda tu. Dia pun tak tau. Dah sampai bawah, kitorang tanya kat guider kitorang, dia bagitau benda tu sebenarnya ulat gonggok besar. Oh my god sunggu scary bila dia buka cengkerang dan tunjukkan kaki dia yang super banyak tu. Ahaha~

Layan pic jom~


kasut before mendaki gunung. Tips, jagan pakai kasut mahal ya!

di dalam bas UiTM

Baru sampai. We r Treckers!

depan banglo khemah kami :-)

Kawan2 aku yang pelahap menjamu selera.

Tiqa sempat posing!

Batuan yang ada kat puncak. Besar kuasa Tuhan disini

Aku? Menikmati pemandangan. Weee!

Treckers, In RED!
Banyak detail yang aku lupa pasal pendakian ni disebabkan asyik tangguh post benda ni. Tapi, aku still nak post since aku suka menulis dan aku menulis untuk kepuasan diri aku. Aku nak letak semua kenangan aku kat sini, sebabnya aku taknak tertinggal satu pun kenangan itu. Thanks to Gunung Datuk, kerana menjadi kenangan indah untuk aku. Ada peluang, InshaAllah, aku jumpa lagi!

Boling MEBA

Finally ada jugak satu sukan yang aku betul2 suka and interested nak cuba. Hari tu, in November jugak, aku join MEBA puny aktiviti iaitu Bowling Tournament kat Melaka. The best part is, kitorang top 10 kot. Ahaha. Meaning tak menang. Aku rasa aku la punca kekalahan. Sebab, score aku sikit je. Tambahan pulak, masa tu tangan kiri aku bengkak entah kenapa. Sakit sangat. Tapi aku right handed so takde la effect sangat performance aku. Paling terrer mestilah Amir. He was a best player among us. Aku satu team dengan Amir, Mazli dan Mira. Dan tak lupa, credit to Amin, ehmm, bukan Amin bf aku tu. Ni amin lain. Dia yang drive kitorang dari hostel ke tempat boling ni. Layankan pic nak??

Me, Amir, Mazli, Amirah :-) you guys rock!

Gadis dalam tshirt merah ialah Tiqa, my classmate & org kuat MEBA

Lane yang best!


Balik je rumah hari tu dah malam dalam pukul 12 lebih dekat2 pukul 1 am. Tapi, pada aku memori ni memang tak boleh nak tukar ganti. Aku rasa nak senyum je sepanjang hari bila teringat momen ini dengan mereka, kawan2 baik aku . Thanks guy. Korang memag awesome!

First time di Jonker Walk

Nak dijadikan cerita, actually this thing dah lama. Dalam bulan November 2011. Tapi aku nak bump up jugak cerita ni. Dulu kat kampus takkde wifi. So bila kat rumah dah jumpa wifi, jom kita post cerita2 menarik bagi aku untuk kenang-kenangan. Mana tau bila dah tua, boleh lah aku baca balik post2 aku ni. Hehehe

Kalau datang melaka, tak sah lah kalau kita tak menyinggah ke Jonker  Walk, satu pasar yang dibuka pada sebelah malam Sabtu dan Ahad Kalau tak silap, untuk mereka yang datang nak beli cendera hati. Ok, aku tak beli cenderahati kat sini. Aku dan kawan2 datang mencari tanglung dan topi yang orang vietnam selalu pakai tu. Ini untuk kerja IB tu la. Nak pasang tanglung tu kat booth kitorang. Untuk decoration. Ok. Lets pictures do the talk. Layan!

of course Kelisa Aisyah jadi mangsa

crowded gila kat Jonker walk

ok, amir sedikit jakun dgn pedang itu

before pilih tanglung, kita posing dulu

my birthday has officially began!

Masa ni, bertarikh 19/11/2011. Sehari before birthday aku. Dan part yang sangat kelakar, kitorang naik kelisa 6 orang 1 kereta. Imagine betapa keciknya kitorang. Wan jadi driver, amir duduk sebelah driver, aku, FB, Aisyah dgn FA duduk belakang. Walaupun sempit, tapi happy kot. First time pegi jonker walk, of course, macam takde je orang melayu meniaga kat situ. Secondly, time pergi tu sangat lapar, tapi takde pun stall melayu. Semua Chinese and then, diragui status halal makanan yang dijual kat situ. Tapi aneh, ada jugak lah melayu beli kat diorang.

Kat situ pn ada deretan kedai yang jual barang2 menakutkan. Ala2 patung buddha yang ada kat Thailand tuh. Mask2 macam berhantu je aku tengok. Hehehe. Pedang pun dia jual, sesuai la untuk mafia2 datang beli. Huh. Okeyy, aku da star merapu.

Dan balik je dari Jonker Walk, kitorang menyinggah kat satu kedai makan. LEDANG. Ok, not so bad. Yang penting semua chill hari tu. Dan yang best, semua sporting bila ajak snap pic. Thanks guy. You rock my day!!

Friday, January 27, 2012

Kisah Pangkor part 2

Hari tuh aku dah give up da, memandangkan ramai yang tak pegi Pangkor so aku dah tak larat nak pegi jugak. Tapi, tadi masa tidur, kawan aku Amir call. Dia pujuk2 aku pergi. Dan dia offer something. Then aku pun setuju.. Wehhaaaa!!!!

The best part, if takde kawan kat Pangkor tu nanti, ada something yang lain yang lebih best menanti. Ya Allah tolong kali ni, jadikan impian aku nih satu kenyataan ya. Aku nakkkkk sangat sampai bawak dalam mimpi!

Okey. This is only the update for my Pangkor story. I am so excited and I just cant wait the moment for being there. Mudah mudahan tuhan permudahkan perjalanan :-)

Thursday, January 26, 2012

Down to earth



Sedih + Kecewa with this club, with UiTM, with everything :-( Menghancurkan hati aku!!

My painting for you


this is for you
for you
for you
for you
love you

:)

Kisah Pangkor Part 1

Okey, before this aku ada janji nak cerita pasal Pangkor kan? Ok. Sepatutnya aku da heading balik ke kampus malam ni sebab nak pergi Pangkor kan. Tapi da bagitau dulu kan macam kene postpone and yes, ia kena tunda. Tarikh baru pada 5-7hb Febuari. Disebabkan new date ni, ramai kawan2 aku cancel pergi pangkor sebab date tak kena dengan schedule diorang. Che ah dah balik Kedah and impossible dia nak balik sini balik untuk Pangkor. Mazli dengan abang dia kahwin. Tiqa da start kerja. The rest, I dont know why. Yang penting ni aku. Memang aku nak sangat travel ke Pangkor. Aku dah google da pic2 kat Pangkor and semua awesome. Laut dia sangat cantik, dan lagipun aku ni tak pernah sampai ke pulau. For sure, melawat pulau adalah salah satu kemahuan aku. Ada dalam wishlist beb! Tapi kalau pergi dan takde kawan2 pun kurang best jugak! Aik. Dilemma dilema!


See? Sapa taknak pergi wehh? Aishh.. Dan sekarang ni, aku decide aku still akan pergi! Aku still akan join Trec punya trip kali ni. Tak kisah la. Heheheh~

Aku harap, kawan2 aku tu berubah fikiran dan join aku berseronok kat Pangkor tuh. Heheheh.

Aku janji, kat pangkor nanti, aku snap pictures bebanyak, then post them here. :-)

Ocean

Just nak share gambar, yang aku ambil pada 31.12.2011. Kat Pengkalan Balak. At first, aku tak tau mana tempat yang cantik. Mana laut yang lebih cun. Pengkalan balak ke Tanjung Bidara. Then aku decide untuk ke Pengkalan Balak. Tapi, kata orang2 kat situ, sebenarnya Tanjung bidara lagi cantik. Tapi ia menarik juak kat Pengkalan Balak, bila kita tengok sunset. Macam matahari masuk dalam laut. :-) Sememangnya, aku sangat sukakan laut. Sangat2.


Rasa nak terjun je laut tuh, tapi aku ni fobia sikit. Takut air. Hahaha~

Aku akan cerita pasal pangkor malam nanti, sebab something unexpected happened. Demm~ Ok. Have a good day!

Tuesday, January 24, 2012

My birthday celebration

Walaupun a lil bit late celebrating my birthday, tapi aku still bersyukur ada jugak insan yang still ingat hari jadi aku. My birthday is on November every year, dan aku celebrate birthday agak lewat. Ala, sehari je pun, aku okeyy je. Lets see the cake!

Kek Tiramisu yang sangat sedapp!

:-)

Hadiah dari si dia, meeko!

Even celebrate berdua je tapi penuh dgn kenangan manis. I should make this entry on November, tapi asyik delay, then in January 2012 baru dapat buat entry ni. Hmm.. Tapi, even celebrate berdua je, aku dapat bagi tiramisu kek tu pada semua budak rumah aku taww. :-)

Thanks to you dear for giving me this lovely memory

Monday, January 23, 2012

McD time!

Just the appreciation to one of my friend, Suhana, who was really kind on that day, I made an entry for her here. Hmmm.. She treated us for makan2 kat McD TheStore. Huhu. Cerita ni dah lama, tapi sebab Amir baru ja bagi gambar ni, then aku baru lah nak buat entry ni :-)

Let see the pictures!

kitorang happy dpt ayam mcd!

Ok, introducing tiqa, fara, suhana, and me!

:-)

tak tau motif che ah pandang mazli macam tu!

Million thanks to Su again for the treat. I was having such a great moment to remember all day. Thanks to semua kawan2 baru dan lama aku. Korang the best thing yang ada dan wujud kat kampus tu. Yang pergi pun cuma aku, che ah mazli, amir, hilmie, Su, FA, FB, Zam, dan tu je la, Heheh. Thanks for inviting me. Love!

:-)

Friday, January 20, 2012

Merdekaa!

Hari ni takmau update banyak2. Just nak ucap rasa syukur pada tuhan dan express my happiness here. My exams was officially ended. Thanks :-)

PS to my dear, stop thinking of me, and justfocus on your papers k. My pray always with you :)

Wednesday, January 18, 2012

Double trip!

Mood yang sangat baik pada pagi yang iindah ni. Aku nak cerita pasal planning after this semester. Firstly, pada 26 sehingga  29 hb ni, aku akan berada kat Pangkor. Trip yang di organise oleh ahli TREC. And as ahli, I wont miss this part to be happy!Tapi, aku kena settle kn satu benda before aku boleh pergi. And guess what? Aku dah dilantik menjadi setiausaha untuk kelab TREC tuh. Waa...! Thanks to Amir yang bagi trust kat aku, and I will never ever break the trust.

Aku tak berapa sure sangat dengan tentative kat Pangkor. One thing yang aku TAK berapa minat, of course la life dalam khemah untuk beberapa hari. Aku tak larat la duduk dalam khemah. Tapi, still okay la. Aku akan cuba la adapt that kind of situation. Kenapalah tak bagi kitorang duduk dalam bilik berhawa dingin lengkap dengan kipas sekali. TV siap Astro dengan bath tub sekali? Kan semua tu ada, then apa perlunya khemah bagai? kenapa lahhhhh!

Okey the next trip, lokasinya dirahsiakan. Sebab, aku tak berapa sure dengan benda ni. Tapi demi seorang kawan ni, akan aku cuba mengusahakan membawak dia kesana. Percaya tak kitorang nak pergi oversea? Hahaha~ So balik ni, kena buat pasport lah. Heheh. Kan bagus kalau si dia boleh pergi sama. Aha. I'm trying my best baby! hehehe~

Then what else?

PS Before this semester break, I wish that something sweet gonna happen.

Monday, January 9, 2012

Jatuh gaung dan longkang~

Alhamdulillah 2 exam dah habis dan tinggal 4 lagi paper nak dihabiskan. Cumanya, soalan agak susah la bagi aku yang tak pandai ni. Hmmm. ntah berapa je la pointer semester ni. Aku risaukan banyak benda. Kenapa aku tak risaukan diri aku sangat. AKu risaukan seseorang yang jauh di mata. Tapi so close to mine. Heheh. Aku harap la dia boleh perform well. Dia yang suruh aku percaya cakap dia. That all I did. Percayakan jalan yang dia sudah pilih untuk diri dia.

Kalau kita dah sayang kat seseorang, apa dia buat pun, kita dah cuba ignore pun kita still akan fikir kan? At first jangan lah cuba buat aku sayang. Susah nak lepaskan apa yang kita sayang. Aku dah pernah kena sekali. Aku cuba lepaskan semua, tapi sangat lah susah.

Aku tak ada sesiapa. Aku cuma ada amin. Aku tak ada kawan yang memahami aku macam dia memahami aku, macam dia yang selalu tolong aku masa aku susah. Macam, bila aku jatuh gaung dan hampir mati. Dia je macam angel baik yang tolong aku buat CPR. Okey. Itu lah perumpamaan yang aku boleh fikirkan. Tu pun aku ambil dari seorang kawan. Ada lagi perumpamaan dia. Kalau setakat jatuh longkang tu memang lag ramai yang akan tolong. Ehmmm, macam ni ke perumpamaan dia hari tu? Dan aku just tolong dia bila dia jatuh longkang.

Ni nak tanya. Jatuh longkang tak sakit ke? Sakit la! Dia fikir ingat senang ke nak cari kawan yang boleh tolong kita time kita jatuh longkang? Yang tolong balutkan luka, sapukan ubat antibakteria, yang tolong tarik kita dari dalam longkang yang busuk, tolong urutkan kaki yang terseliuh, ingat senang ke? Ingat senang ke nak cari kawan yang boleh tolong kita buat semua tu after kita jatuh longkang. Dah la jatuh dalam longkang, busuk kena air longkang lagi, lagi la orang lari sebab kau dah busuk. So orang yang tinggal yang boleh pegang tangan kau yang busuk tu untuk tarik kau naik ke atas, tu bukan kerja senang ye.

Perumpamaan ni comel. Heheh. Buat aku nak senyum je setiap hari. Okey, dan ye, satu2 nya orang yang boleh tolong aku naik dari gaung ke, longkang ke, adalah si dia, yang aku sibuk risau hari2. Hmmm.. Aku ni angel dia tak yang tolong dia tyme dia susah? Aku memang tak de power menolong, tapi aku bukan tak boleh diharapkan. Hehehe~

Ahhh, aku malas nak fikir banyak. IB, please come to my way!!!


Monday, January 2, 2012

My happiness





Sometime tak perlu guna kata2 nak tunjukkan betapa gembiranya kita mempunyai insan yang tersayang. Betapa bersyukurnya memiliki orang untuk dicintai. Hmm.. Actually tak tau apa relation nya dengan gambar diatas kata2 aku ni.

PS I love you