Alhamdulillah 2 exam dah habis dan tinggal 4 lagi paper nak dihabiskan. Cumanya, soalan agak susah la bagi aku yang tak pandai ni. Hmmm. ntah berapa je la pointer semester ni. Aku risaukan banyak benda. Kenapa aku tak risaukan diri aku sangat. AKu risaukan seseorang yang jauh di mata. Tapi so close to mine. Heheh. Aku harap la dia boleh perform well. Dia yang suruh aku percaya cakap dia. That all I did. Percayakan jalan yang dia sudah pilih untuk diri dia.
Kalau kita dah sayang kat seseorang, apa dia buat pun, kita dah cuba ignore pun kita still akan fikir kan? At first jangan lah cuba buat aku sayang. Susah nak lepaskan apa yang kita sayang. Aku dah pernah kena sekali. Aku cuba lepaskan semua, tapi sangat lah susah.
Aku tak ada sesiapa. Aku cuma ada amin. Aku tak ada kawan yang memahami aku macam dia memahami aku, macam dia yang selalu tolong aku masa aku susah. Macam, bila aku jatuh gaung dan hampir mati. Dia je macam angel baik yang tolong aku buat CPR. Okey. Itu lah perumpamaan yang aku boleh fikirkan. Tu pun aku ambil dari seorang kawan. Ada lagi perumpamaan dia. Kalau setakat jatuh longkang tu memang lag ramai yang akan tolong. Ehmmm, macam ni ke perumpamaan dia hari tu? Dan aku just tolong dia bila dia jatuh longkang.
Ni nak tanya. Jatuh longkang tak sakit ke? Sakit la! Dia fikir ingat senang ke nak cari kawan yang boleh tolong kita time kita jatuh longkang? Yang tolong balutkan luka, sapukan ubat antibakteria, yang tolong tarik kita dari dalam longkang yang busuk, tolong urutkan kaki yang terseliuh, ingat senang ke? Ingat senang ke nak cari kawan yang boleh tolong kita buat semua tu after kita jatuh longkang. Dah la jatuh dalam longkang, busuk kena air longkang lagi, lagi la orang lari sebab kau dah busuk. So orang yang tinggal yang boleh pegang tangan kau yang busuk tu untuk tarik kau naik ke atas, tu bukan kerja senang ye.
Perumpamaan ni comel. Heheh. Buat aku nak senyum je setiap hari. Okey, dan ye, satu2 nya orang yang boleh tolong aku naik dari gaung ke, longkang ke, adalah si dia, yang aku sibuk risau hari2. Hmmm.. Aku ni angel dia tak yang tolong dia tyme dia susah? Aku memang tak de power menolong, tapi aku bukan tak boleh diharapkan. Hehehe~
Ahhh, aku malas nak fikir banyak. IB, please come to my way!!!
No comments:
Post a Comment