- Before pergi Pangkor, aku avoid sangat aktiviti-aktiviti air. Water confident, kayak, snorkeling.. Aku memang taknak buat. Frankly speaking, aku takut air dalam. Aku sangat suka laut. Tenang dan damai. Tapi, sekental aku ni, aku just boleh main kat gigi2 air je. Tapi, bila cik abang meyakinkan aku yang aku boleh buat, aku buat semua benda-benda tu. Seriously nampak remeh. Tapi, aku berjaya buat. The msot important part, aku berjaya atasi rasa takut aku tu. Perasaan bermain kayak? Penat. Tapi, berdua, dengan dia yang aku cinta, ditengah lautan... indahnya perasaan tu. Lagi indah bila aku dengar dia cakap dia sayangkan aku. Terima kasih kerana menjadi kekuatan aku disaat-saat aku lemah. :-)
- Aku seronok lepak dengan kawan-kawan baru aku. Diorang bukan kawan baik aku, since aku memang tak boleh ada kawan baik. Sebab takde siapa tahan dengan perangai aku. Ahahaha~ Bolayan lah tu. Zam, Sue, Farah, Tiqa, semua yang ada memang made my day. Aku rasa, masa kat Pangkor hari tu tak sunyi pun. Itu yang paling-paling penting.
- Hari last waktu kat Pangkor, kitorang dengan semangatnya bawak life jacket siap alat snorkel lagi. Dengan harapan dapat tengok ikan bilis bertebaran, jumpa ikan nemo ke. Tapi, kitorang dengan yakinnya meredah air surut.. (surut gila) dan hanya mengelak batu-batu dan batu karang. Alahai alahai. Kitorang pun fobia gamat dan landak laut. Just 2 benda tu je la yang aku dapat tengok. Ahahaha. Sumpah taknak redah air surut lagi. Sampai sekarang kaki aku luka tak baik-baik. Ceitt!
- Makanan yang available kat Pangkor semuanya super awesome. Siapalah yang memasak. :-) Hari kedua punya masakan memang super awesome. Ikan bakar, sambal belacan, siap ulam.. Alahai, teringat dan terindu pulak!
- Sunburn. Ni takyah cerita. Muka hitam legam dah disebabkan cahaya matahari. Tapi kenapa aku puas tengok muka aku yang super hitam ni ehh??
- The last, teringat time tertidur dekat buaian bawah pokok tepi pantai dengan cik abang. Jangan salah faham, ada 2 buaian dan ia terpisah. Tersedar je, orang dah ramai tidur dalam khemah. Dan dah pukul 2 pagi. Eheheh~ Saya rindu lepak dengan awak tepi laut sampai larut malam. :D
I bet this is the last part of Pangkor. Aku harap, ada lagi trip yang best yang aku boleh cerita kat sini. InshaAllah ada..
Signing off
1 comment:
haha...nmpk org comei dr jauh pakai life jacket nga snorkeling tgk ikan...
Post a Comment