Saturday, January 28, 2012

Gunung Datuk

Rasanya, takde entry yang betul2 aku buat pasal aku punya aktiviti Gunung Datuk ni. Banyak kenangan manis yang aku dapat bila aku ikut trip panjat gunung ni. Sangat menarik bila aku pertama kali buat aktiviti lasak macam ni. First time daki gunung tanpa complete preparation, memang sakit-sakit badan aku dibuatnya. Yelah, dengan staminanya OUT. Hahah. Tapi aku redah je!

Perjalanan ke gunung ni dari melaka ambil masa sejam lebih kot. Gunung ni located kat Negeri Sembilan. Masa aku pergi tu. ada beberapa group lain yang trekking sama. Aku sampai kat kaki gunung tu da petang. Sempat jugak mandi kat jeram yang ada kat situ dengan kawan2. Petang tu even hujan, tapi still ada game. Macam selalu, akibat ketiadaan idea, game yang menjadi pilihan konfirm la game Running man atau faFamily outing. Arghhh, super bosan! Nak taknak aku ada lah jugak join satu game ni. Hahah.

Malamnya, memang takde aktiviti lain, kitorang terus tidur, sebab akan start daki gunung pada pukul 3 pagi esoknya. Tapi weird, langsung tak mengantuk dan sangat lah bertenaga. Permulaan pendakian, memang macam 90 darjah pendakiannya. Dengan sesat sekejap kat gunung tu. Buat kitorang lambat sampai puncak. Tapi alhamdulillah, dalam pukul 8 pagi lebih, aku dan kawan-kawan lain sampai jugak kat atas puncak. Cantik sangat pemandangan kat atas sana. Sebab, masih pagi, kabus tebal, dan seluruh tempat boleh nampak. Kalau boleh ulang saat-saat itu, akan aku ulang. Dan kat atas tu, ada tapak kaki hang tuah orang kata. Tak tau la betul ke tak. Tapi, aku tak percaya. Heheheh~

Bila nak turun, tak lah pulak terasa lam. Just kaki serius sakit sangat, dan sampai sekarang ada darah beku kat kaki ni, tunggu masa je nak hilang sebab sangat buruk. Part yang paling best, salah sorang budak kelas aku, Tiqa beria-ia tunjuk kat aku satu benda bulat macam guli yang besar, kaler dia belang kuning hitam. Serius keras. Dan aku pun tak tau apa benda tu. Dia pun tak tau. Dah sampai bawah, kitorang tanya kat guider kitorang, dia bagitau benda tu sebenarnya ulat gonggok besar. Oh my god sunggu scary bila dia buka cengkerang dan tunjukkan kaki dia yang super banyak tu. Ahaha~

Layan pic jom~


kasut before mendaki gunung. Tips, jagan pakai kasut mahal ya!

di dalam bas UiTM

Baru sampai. We r Treckers!

depan banglo khemah kami :-)

Kawan2 aku yang pelahap menjamu selera.

Tiqa sempat posing!

Batuan yang ada kat puncak. Besar kuasa Tuhan disini

Aku? Menikmati pemandangan. Weee!

Treckers, In RED!
Banyak detail yang aku lupa pasal pendakian ni disebabkan asyik tangguh post benda ni. Tapi, aku still nak post since aku suka menulis dan aku menulis untuk kepuasan diri aku. Aku nak letak semua kenangan aku kat sini, sebabnya aku taknak tertinggal satu pun kenangan itu. Thanks to Gunung Datuk, kerana menjadi kenangan indah untuk aku. Ada peluang, InshaAllah, aku jumpa lagi!

No comments: