Friday, February 24, 2012

Antara keikhlasan & tanggungjawab

I do not really remember where I got this meaningful word. I am touched!

"Dalam menjalankan tanggungjawab, keikhlasan harus ditolak ketepi. Keikhlasan hanya sebagai bonus apabila kita dihisab oleh yang Maha Esa"

Aku berfikir bila baca kata-kata ni. Hmmm..

Jadi even kita tak ikhlas dalam melakukan sesuatu, jika dah namanya tanggungjawab, sila lah laksanakan. Sebab, tanggungjawab adalah wajib untuk kita lakukan. Kalau kita tak buat, dosa lah jawabnya.

Do I sound like Ustazahh?

Hopefully not. Even aku sangat sikit masukkan entry pasal keagamaan macam ni, aku banyak baca mengenai hal-hal ni. Nak dengar ceramah alahai takde pulak minatnya. Tidur pulak nanti. Tapi bila baca, taklah boring sangat. Alahai apa nak jadi dengan aku ni

Aku tulis just to remind myself. Semoga kita semua ada kesedaran. Amin

Wednesday, February 22, 2012

Jalan-jalan ke Gunung Belumut, Johor

A good day! Ya, aku bersama seorang 'kawanbaik' telah berjalan2 around bandar Kluang then kitorang pergi ke Hutan Lipur Gunung Belumut, tempat yang begitu terceruk dalam hutan dan masih terjaga nilai kehijauannya. :-)


See? Baru entrance je tu. Walaupun aku ni anak jati Johor, dan tinggal di daerah Kluang, tapi seriously speaking this was my second time being here. So, masa bawa kawanbaik jalan-jalan kat sini, kitorang sesat yang sungguh2 sesat. Kesian kat kawanbaik. Penat dia drive. Thanks kawanbaik. :)

First time pergi masa dengan kawan2 form 5. Ini cerita yang family pun tak tau aku pernah pergi ke sana. Huh. Sampai sekarang aku simpan rahsia ni. Sebab kalau aku bagitahu mak dulu, memang tak jejak lah kaki kesini. Aahahah. I remember that moment. Aku, Aziah, Tini, Halimah, Hazmil dan Azizi. Satu geng merempit ke tempat ni dan celebrate birthday Hazmil yang ke 17. Budak2 lagi tau nak seronok je. Mana entah semua kawan-kawan aku tu~ I miss you all.

Tapi tadi, masa pergi aku tak mandi kat jeram pun walaupun air jeram tu sungguh menggoda. Tambahan ada dua tiga ketul budak-budak yang macam buat papan anjal terjun dalam air dengan bergayanya. Dari jauh je la aku tengok. Sempat jugak aku rendam satu kepala dalam air sebab tak tahan dengan air yang memanggil-manggil tu.  Masa aku mandi jugak, ada beberapa ketul budak remaja (i guess budak sekolah). 3 lelaki seorang perempuan. Yang perempuan tu memang berani la boleh ikut kawan-kawan lelaki dia mandi. She wore white tshirt yang ketat. Just imagine, white tshirt, dengan basahnya. Dari jarak berkaki-kaki, I can see clearly her inner wear. Siap color pink lagi (ahh shame!) Tapi siapa lah aku nak menegur kan. Whatever it is, I am still a girl. Kang aku tegur kena siku dengan boyfriends dia yang banyak tu. I choose to keep silent.

Promise, next time I will bring more shirt, so that I could try that freshy water. Rasa nak berkubang jek. Nasib tadi tak banyak masa dengan kawanbaik. Kalau tak kalau tak....

Lepas tu just lepak2 makan cendol pulut dan pekena teh tarik. Hokayy. Nak close story, nak tengok samarinda walaupun mata macam berat super gila ni.

Sign off

Monday, February 20, 2012

Happy Monniversary ke 3 tahun 9 bulan

3 years and 9 month. Its a really long journey. Sangat banyak benda bodoh yang aku lalui sama-sama dengan dia. Sangat banyak juga benda pandai yang kami lalui sama-sama. Banyak kali bergaduh, berdamai balik. Aku kenal dia lebih dari sepatutnya.

Plannya begini. Aku akan berkahwin dengan dia pada usia 26 atau 27 tahun. Umur yang agak tua untuk seorang gadis untuk berkahwin. Tapi aku nak buat macammana. Aku nak dia bersedia sebelum dia boleh sunting aku jadi isteri dia. Agak poyo. Hahahah. Dulu, aku selalu cakap dengan dia aku nak kahwin awal. Tapi sekarang minded aku dah berubah. Aku nak kahwin lambat. Aku nak fikir macam mana nak balas jasa family sebelum fikir hal aku.

Aku bahagia tak dengan dia?

Bila bergaduh tu tak la. Tapi kebanyakkan masa-masa aku dengan dia adalah yang membahagiakan. Bila aku ada dengan dia, aku rasa aku tak perlukan apa-apa lagi selain dia. Macam dah melengkapi kan?  Tapi aku taknak cakap besar. Dia bukan malaikat. Dia tak sempurna. Tapi dia buat aku rasa sempurna. Bila orang lain cakap aku tak cantik, dia pujuk hati aku dengan bagitau, aku lah perempuan tercantik yang dia pernah kenal. Aku cinta dia

Dia?

Satu kelemahan dia, dia sangat cemburu buta. Tak kira berkali-kali aku bagitau dia aku sayang kan dia, dia still akan marah bila ada lelaki comment pic aku kat fb, atau mesej aku. Salah aku jugak. Tak pernah bagi dia ruang dulu dengan kawan-kawan sampai terbiasa sangat dengan aku. So bila aku jauh, ada kawan sikit, dia tak selesa. Pada dia, aku dia punya. Comel. Aku sayang kau la.

Kami?

Hopefully, cinta ni kekal ke dunia sana. Amin~

Friday, February 17, 2012

Movie Minggu ini : Ghost Rider

After been a while aku tak tengok wayang, the last time was Underworld yang sangat2 buat aku rasaa WOW after keluar dari cinema. The action was great and sometimes we keep thinking how they can turned their imagination in a such a reality view. Bak kata orang "kau kena tipu jeh dengan mat saleh ni". Dan kali ini aku ditipu lagi oleh satu cerita mat saleh lagi. GHOST RIDER-SPIRIT OF VENGEANCE. So, i nak buat sedikit review about this movie.

Tengkorak berapi, motor berapi, lelaki berambut putih, budak kecik yang merupakan anak syaiton, dan jugak deal dengan devil. Everything look very impressive. Aku tak dapat nak compare dengan Ghost Rider movie yang sebelumnya sebab aku tak berapa ingat ceritanya.

Tapi aku nak tekankan, taste aku bukan lah cerita yang mengarut macam ni. Lagi-lagi yang ada sequel and prequel. However, kalau nak happy end, this is the place. Untuk RM6 yang aku bayar siap dan dapat hall besar siap seat cantek kat tengah-tengah, ya ia berbaloi. Lagipun, cerita ni kategori masih boleh layan sebab aksi dia agak superb even ada yang lebih superb.

Conclusion nya, I've seen the best from hhollywood, dan ini bukan yang terbaik. Ia baik, but not the best. Tapi for sure, you spent at the right place if you go for this movie. Okey la dari cerita melayu yang kemaruk nak buat cerita hantu tak habis-habis, dan jugak cerita pasal orang merempit. Oh goshh.

Alahai, aku harap takde sesiapa yang baca review ni. Aku memang lemah bab2 mereview. Konon dulu nak jadi wartawan, last-last jadi blogger yang tak tau hujung pangkal. Alahai2. Ok. Btw special thanks to my special friend for this treat. You got my kiss now. Muahhhxxxxx.

signing off

Saturday, February 11, 2012

Kisah Pangkor part 4

Aku still tak jemu nak menyambung cerita pasal gamat. Sebabnya, aku sangat-sangat teruja. Kenapa lah masa-masa indah cepat sungguh berlalu eh? Serius aku rasa benda-benda yang indah yang ada dalam hidup aku sangat laju berjalan. Tak bersyukur kan aku ni? Hm. Aku nak cerita apa pengalaman aku masa kat Pangkor~
  • Before pergi Pangkor, aku avoid sangat aktiviti-aktiviti air. Water confident, kayak, snorkeling.. Aku memang taknak buat. Frankly speaking, aku takut air dalam. Aku sangat suka laut. Tenang dan damai. Tapi, sekental aku ni, aku just boleh main kat gigi2 air je. Tapi, bila cik abang meyakinkan aku yang aku boleh buat, aku buat semua benda-benda tu. Seriously nampak remeh. Tapi, aku berjaya buat. The msot important part, aku berjaya atasi rasa takut aku tu. Perasaan bermain kayak? Penat. Tapi, berdua, dengan dia yang aku cinta, ditengah lautan... indahnya perasaan tu. Lagi indah bila aku dengar dia cakap dia sayangkan aku. Terima kasih kerana menjadi kekuatan aku disaat-saat aku lemah. :-) 
  • Aku seronok lepak dengan kawan-kawan baru aku. Diorang bukan kawan baik aku, since aku memang tak boleh ada kawan baik. Sebab takde siapa tahan dengan perangai aku. Ahahaha~ Bolayan lah tu. Zam, Sue, Farah, Tiqa, semua yang ada memang made my day. Aku rasa, masa kat Pangkor hari tu tak sunyi pun. Itu yang paling-paling penting. 
  • Hari last waktu kat Pangkor, kitorang dengan semangatnya bawak life jacket siap alat snorkel lagi. Dengan harapan dapat tengok ikan bilis bertebaran, jumpa ikan nemo ke. Tapi, kitorang dengan yakinnya meredah air surut.. (surut gila) dan hanya mengelak batu-batu dan batu karang. Alahai alahai. Kitorang pun fobia gamat dan landak laut. Just 2 benda tu je la yang aku dapat tengok. Ahahaha. Sumpah taknak redah air surut lagi. Sampai sekarang kaki aku luka tak baik-baik. Ceitt!
  • Makanan yang available kat Pangkor semuanya super awesome. Siapalah yang memasak. :-) Hari kedua punya masakan memang super awesome. Ikan bakar, sambal belacan, siap ulam.. Alahai, teringat dan terindu pulak!
  • Sunburn. Ni takyah cerita. Muka hitam legam dah disebabkan cahaya matahari. Tapi kenapa aku puas tengok muka aku yang super hitam ni ehh?? 
  • The last, teringat time tertidur dekat buaian bawah pokok tepi pantai dengan cik abang. Jangan salah faham, ada 2 buaian dan ia terpisah. Tersedar je, orang dah ramai tidur dalam khemah. Dan dah pukul 2 pagi. Eheheh~ Saya rindu lepak dengan awak tepi laut sampai larut malam. :D
Actually sangat banyak pengalaman-pengalaman yang indah. Yang tak berapa nak indah pun ada. Mustahil takde. Si dia pernah tanya aku, "nina tak puas hati ke bawak amin pergi Pangkor hari tu". Dia tanya sebab kitorang banyak bertekak, bergaduh. Ehem. Lately ni mengaku la banyak sangat bergaduh. Tapi sejujur-jujurnya, aku suka sangat bawak dia ke tempat yang dia suka. Aku suka tengok dia main air laut macam budak kecik yang tak pernah jumpa laut. Ahahaha~ Actually aku la yang jakun tak pernah jumpa laut. Keh3~ Aku puas hati sangat dengan trip kali ni. Tak salah aku join Trec.

I bet this is the last part of Pangkor. Aku harap, ada lagi trip yang best yang aku boleh cerita kat sini. InshaAllah ada..

Signing off

    Teluk Segadas Pulau Pangkor Part 3

    Hari ni baru ada mood nak update blog. After been a while stay silence. Okey. Hari ni punya entry berkaitan dengan trip aku ke Pulau Pangkor, exactly Teluk Segadas, pada 5 hingga 7 hb Febuari lepas. Pada aku it was an awesome, super awesome trip since aku tak pernah lagi pergi ke tempat secantik itu. Tambahan, aku pergi bersama kawan-kawan yang baik dengan aku dan jugak cik abang tersayang. Itu nak ucapkan terima kasih untuk YDP Trec next semester -AMIR- yang bagi kebenaran bawak outsider untuk join trip Trec. :-)

    At first, ada beberapa dugaan jugak la before kitorang sampai ke tempat yang di tuju. Sampai je Seremban, walet pakcik driver bas hilang entah kemana. So, terbantut la lagi perjalanan kitorang. Supposed sampai kat Teluk Segadas at 2pm, tapi drag smpai 5pm. Tapi still okay la.

    Aktiviti yang ada kat sana, memang la best. Kitorang tak banyak buat game. Sebab, kitorang diberi kebebasan menjalankan aktiviti sendiri. Memang santai habis la bak kata orang. Just aku tak berpeluang je nak snorkeling disebabkan air sangat lah surut time aku nak snorkeling tu. Ok, aku mengaku, aku dah macam orang kita bawak life jacket plus alat snorkel lagi, tapi apa pun tak guna. Lastly, ikan pun entah kemana, yang dapat just kaki yang luka sampai ke hari ni tak elok-elok lagi. Hehehe. Tapi pengalaman menjadi sengal dengan Tiqa, Farah dan Sue memang best, dan yes, diorang sangatla best tak terkata. :-) Sangatlah awesome bila kita jumpa kawan-kawan baru yang happening!

    Dan paling best, bila aku boleh bawk cik abang jalan-jalan ke Pangkor sama-sama dengan aku. Aku tengok dia dah macam orang kejakunan. Pantang jumpa laut lagi-lagi yang stock air jernih gila. Nak berendam je keje dia. Dan aku suka bila dia boleh ngam dengan kawan-kawan aku. Actually aku tak lah risau sangat macam mana dia nak survive memandangkan trec club tu pun diasaskan oleh ex-ipbians, kawan2 kolej kitorang jugak.

    Penat cerita, lets see the pictures :)

    Sue dan Farah

    my dear friends

    tak faham kenapa amir berdiri tegak macam askar

    Trecker!

    Sanji & Tiq

    Me & buah hati



    Lecturer pengiring, Miss Rozaiha & Miss hidayah

    New friend, Novi

    Ini lah kawan2 5F aku yang gila


    The best part of this trip was, takde seorang pun budak-budak ex-IPB join. Owh, aku memanglah kecewa Che ah tak join. Yelah, dia MT Trec next sem. Dia sepatutnya lebih berhak join trip kali ni berbanding budak-budak lain. Tapi, aku tak sangka aku boleh survive even takde budak2 perempuan IPB lain join. Aku admit, aku nak lari dari imej IPB. Aku taknak dah di cop sebagai budak2 IPB dan aku nak dikenali kerana aku ni aku. :-) takde kes aku lupa diri. IPB still in my heart with my own way.

    Hm. I got much things to say. Takpe lah. Kita continue lain kali. Ya. Banyak juga yang aku belajar daripada trip kali ni. Aku cerita kat next entry. Tak best la pulak cerita panjang-panjang kat sini kan kan?

    signing off