Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik, tiba2 esok dah pun raya. Alhamdulillah. Kemenangan bagi kita yang berpuasa samada penuh atau tak penuh. Dulu kecik2, mak abah cakap, siapa puasa penuh dapat duit raya lebih. Tapi, aku pun tak pernah dapat. Sebabnya, mak abah tak pernah offer macam tu pun. Dan aku pun kecik2 mesti ade skip puasa. Kejahatan yang aku lakukan masa kecik2? Aku makan nasik lemak kat atas katil. Dalam bilik sorang2. Masa tu katil double, aku panjat katil, menyorok belakang bantal yang disusun tinggi dan makan dengan lahapnya. Hahahaah! Berdosa nya aku. Nasib baik belum akil baligh. Takde la dosa nya kan kan?

Setakat curik kuih raya dalam almari, masih aku lakukan sehingga kini. Bezanya, dulu aku curi sebab malas puasa. Sekarang aku curi bila dah berbuka. Siapa suruh kuih tu sedap. Dengan hati2 nya, aku mengunyah tanpa membuka mulut, supaya tak dapat dikesan oleh mak. Tapi, abah selalu je nampak. Isk!

Hehehe. Aku memang nakal. Dulu la. Sekarang ni je baik. Kalau nampak adik2 aku tak puasa nak je cili mulut dia. Hehe. Tapi, seronoknya berpuasa. Seronok bila makan berbuka sama2 dan teman abah pergi bazar. Dulu masa study kat KL, aku takd epeluang berbuka dengan family. Aku beruka dengan cik abang jek. Sekarang ni, turn family merasa berbuka dengan aku. Hehehe. Aku tak tahu next ramadan macam mana. Tapi, kalau aku kena berbuka dengan kawan2 kat kampus, aku tak mau ahh. Aku nak dengan family jugak!

Selamat Hari raya :-)

1 comment:

Anonymous said...

selamat ari rye jgk....taun dpn nk uit rye tw:P